OSLO, 27 Jun - Anakanda kepada Puteri Mahkota Norway kini sedang disiasat atas tuduhan tiga kes rogol serta hampir dua puluh kesalahan lain.
Menurut polis Norway kes itu telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk menentukan sama ada pendakwaan akan dilakukan.
Marius Borg Hoiby,28 tahun disyaki atas “satu pertuduhan rogol dengan persetubuhan” serta “dua pertuduhan rogol tanpa persetubuhan,” kata Peguam polis, Andreas Kruszweski.
Kruszweski memaklumkan kepada media bahawa siasatan selama 10 bulan kini telah selesai.
Peguam Hoiby, Ellen Holager Andenæs, memberitahu agensi berita NTB bahawa anak guamnya menafikan ketiga-tiga tuduhan rogol tersebut.
Bagaimanapun, Hoiby sebelum ini mengaku bersalah atas kesalahan serangan dan vandalisme dalam insiden Ogos 2024. - AFP