fb fb fb fb fb

Tehran aktifkan sistem pertahanan udara, Israel lancar serangan besar-besaran

Imej serangan Israel di Tehran/AFP

TEHRAN, 24 Jun- Sistem pertahanan udara Iran di Tehran telah diaktifkan pada malam Isnin bagi memintas serangan peluru berpandu Israel yang disifatkan sebagai serangan paling dahsyat ke atas ibu negara Iran sejak tercetusnya konflik Israel-Iran.

Rakaman yang disiarkan oleh China Central Television (CCTV) menunjukkan letupan diudara pada waktu dipercayai akibat pertembungan antara peluru berpandu Israel dan tembakan dari sistem pertahanan udara Iran.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam kenyataan berkata serangan udara itu menyasarkan Pangkalan Tharallah (Sarallah) Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan ibu pejabat Basij Iran yang bertanggungjawab mempertahankan Tehran.

Manakala, pelbagai lokasi di sekitar Tehran, khususnya di kawasan utara, tengah, dan barat telah dibedil, serta mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Menurut IDF, serangan itu melibatkan 50 jet pejuang serta lebih 100 jenis senjata yang menyasarkan kawasan utara, tengah dan barat bandar itu.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN