fb fb fb fb fb

Tiada perjanjian gencatan senjata diterima Iran

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi. \Foto REUTERS

TEHRAN, 24 Jun- Tiada perjanjian mengenai gencatan senjata atau pemberhentian operasi ketenteraan dengan Israel diterima setakat ini.

Demikian tegas Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.

Menurut beliau, sekiranya Israel berhenti menyerang, maka Tehran juga akan berhenti menembak.

"Setakat ini, tiada perjanjian mengenai gencatan senjata atau pemberhentian operasi ketenteraan diterima pihaknya," katanya menerusi catatan di media sosial.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan perjanjian gencatan senjata yang akan bermula sekitar 4 pagi waktu tempatan.

Tambah Araghchi, jika rejim Zionis menghentikan pencerobohan terhadap rakyat Iran selepas waktu ditetapkan, pihaknya juga tidak berhasrat untuk meneruskan serangan balas. -AFP

SITI NOORAIN ABDULLAH