fb fb fb fb fb

Gencatan senjata tamatkan 'Perang 12 Hari' Iran-Israel - Trump

Trump mengesahkan gencatan senjata dipersetujui bagi menamatkan konflik Iran-Israel./REUTERS

WASHINGTON, 24 Jun - Gencatan senjata lengkap dan menyeluruh antara Iran dan Israel dipersetujui bagi menamatkan konflik.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerusi laman Truth Socialnya mengucapkan tahniah kepada Israel dan Iran yang akan menamatkan konflik mereka.

"Dengan andaian bahawa segala-galanya berfungsi seperti yang sepatutnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Israel dan Iran kerana mempunyai daya tahan, keberanian dan kebijaksanaan untuk mengakhiri apa yang dipanggil, 'Perang 12 Hari'.

"Secara rasmi, Iran dan Israel akan memulakan gencatan senjata dan dalam tempoh 24 jam, 'Perang 12 Hari' ini akan berakhir," tulisnya.

Menurutnya, gencatan senjata mengambil kira kesan konflik yang boleh berlarutan selama bertahun-tahun dan memusnahkan seluruh Asia Barat.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN