fb fb fb fb fb

Tedros dijangka kembali terajui WHO untuk penggal kedua

FOTO AFP

GENEVA, 26 Januari - Tedros Adhanom Ghebreyesus dijangka meneraju Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penggal kedua selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan Ketua Pengarah badan kesihatan sedunia itu.

Lembaga Eksekutif WHO mengadakan undian rahsia, meluluskan pencalonannya itu pada Selasa.

Tedros, yang juga pemimpin dari Afrika pertama menjawat jawatan itu, berterima kasih atas sokongan hampir semua 34 ahli lembaga yang mewakili seluruh dunia.

Bekas Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Luar Habsyah itu dijangka dipilih semula apabila 194 negara anggota WHO mengundi pada Mei ini.

Tedros, antara tokoh paling lantang dalam perjuangan global menentang COVID-19, mengakui bahawa penggal lima tahun pertamanya adalah mencabar dan sukar.

Sejak kehadiran COVID-19 dua tahun lalu, pakar malaria itu menerima banyak pujian atas cara beliau mengemudi WHO. -AFP

Media Baharu