fb fb fb fb fb

Tebing Barat terus diserang tentera Israel 

FOTO FAIL

RAMALLAH, 28 Oktober - Tentera rejim Israel telah memasuki penempatan rakyat Palestin, al-Jalazone menggunakan jentolak.

Rejim zionis itu mendakwa terdapat sebuah rumah yang dibina secara haram di kawasan yang berada di dalam Tebing Barat yang diduduki rakyat Palestin, dan mengatakan bahawa rakyat Palestin memerlukan permit untuk membinanya.

Sudah tentu, hampir tiada sesiapapun rakyat Palestin dibenarkan untuk mendapatkan permit tersebut.

Awal minggu ini tentera Israel telah membunuh dua rakyat Palestin semasa serbuan ke penempatan yang sama.

Secara keseluruhan, di Tebing Barat, tentera Israel menyerbu beberapa bandar dan sering mengakibatkan konfrontasi dengan rakyat Palestin.

Penduduk Palestin di Tebing Barat mengatakan mereka kini sudah terputus hubungan dengan saudara mereka di Gaza yang diserang bertubi-tubi oleh tentera zionis Israel. - Al Jazeera

TETITIA YUSOFF