fb fb fb fb fb

Taufan Milton: 10 terkorban di Florida

Foto REUTERS

FLORIDA, 11 Oktober-Taufan Milton yang melanda Lautan Atlantik semalam telah menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban di Florida.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Alejandro Mayorkas, berkata taufan yang mencetuskan puting beliung itu telah menyebabkan kemusnahan besar terhadap banyak kediaman dan premis di negeri tersebut.

Ia juga menyebabkan jutaan isi rumah terputus bekalan elektrik.

“Terdapat laporan 10 kematian setakat ini, dipercayai berpunca daripada puting beliung.

“Sekurang-kurangnya 27 puting beliung dilaporkan berlaku di Florida,” katanya dalam satu taklimat di White House.

Lebih 3.2 juta rumah dan premis di Florida terputus bekalan elektrik pada petang Khamis, menurut PowerOutage.us.

Sebahagian penduduk di Florida telah menunggu berhari-hari untuk bekalan elektrik dipulihkan selepas Taufan Helene melanda kawasan itu dua minggu lalu. – REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM