MIAMI, 7 Oktober- Ribut Milton diisytiharkan sebagai taufan, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) semalam, ketika ia bergerak ke pantai barat Florida yang masih dalam proses pemulihan selepas bencana Taufan Helene.
"Pemerhati Angkatan Udara mendapati Milton semakin kuat dengan kelajuan angin maksimum 80 batu (130 kilometer) sejam, mengklasifikasikannya sebagai Taufan Kategori 1," menurut NHC dalam kenyataan.
Taufan Milton kini berada sekitar 815 batu dari Tampa, Florida dan dijangka tiba di kawasan itu menjelang pertengahan minggu sebagai taufan besar.
"Waktu ini, kami masih dalam proses pemulihan daripada Helene," kata Datuk Bandar Tampa, Jane Castor, kepada CNN, menambah bahawa membayangkan hujan daripada ribut baru adalah "sangat sukar, apatah lagi gelombang taufan dan kerosakan angin."
Presiden AS, Joe Biden juga diberi taklimat mengenai situasi itu dan menggesa penduduk Florida untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
Biden turut menyatakan bahawa pentadbirannya sudah menyediakan "sumber penyelamat nyawa" dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) sudah siap untuk menghadapi situasi yang mungkin timbul. -AFP