fb fb fb fb fb

Taufan Khanun, Korea Selatan keluar amaran berjaga-jaga

FOTO REUTERS

TOKYO, 10 Ogos- Hujan melanda selatan Jepun pada Khamis ketika Taufan Khanun menuju ke arah Korea Selatan, pagi ini.

Amaran telah dikeluarkan di seluruh Korea Selatan dengan lebih 330 penerbangan dibatalkan dan lebih 10,000 orang dipindahkan.

Khanun berada di atas lautan dan melalui antara Kyushu, pulau utama barat daya Jepun kira-kira 860km dari Tokyo dan Semenanjung Korea.

Taufan itu bergerak ke utara Korea pada kelajuan 20 kpj.

Selain itu, aktiviti luar di Korea turut dihentikan termasuk aktiviti Jambori Pengakap Dunia yang sedang berlangsung di negara itu.

Kira-kira 37,000 pengakap telah dipindahkan dari tapak perkhemahan mereka di barat daya Korea Selatan pada Selasa.

Faktor udara lembap dari Khanun menyebabkan hujan lebat terus melanda kawasan luas di barat Jepun, di mana beberapa kawasan telah dilanda hujan melebihi purata hujan Ogos pada minggu lalu.


(FOTO REUTERS)

Satu bandar telah merekodkan 985 milimeter setakat pagi Khamis.

Perhatian juga beralih kepada Taufan Lan, yang melintas berhampiran Kepulauan Ogasawara, kira-kira 1,000km selatan Tokyo, pada Rabu dan menuju ke utara barat laut pada kelajuan 15 kpj.

Walaupun ketidakpastian kekal mengenai laluan ribut itu, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata ia boleh menjejaskan kawasan Tokyo menjelang akhir hujung minggu.- REUTERS

Media Baharu