fb fb fb fb fb

Enam maut, 12 cedera dalam letupan bas di Somalia

 (Foto Fail: Pasukan keselamatan Somalia/ REUTERS)

NAIROBI, 9 Ogos- Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam letupan yang menyasarkan sebuah bas penumpang dalam perjalanan di wilayah di luar ibu negara Somalia, hari ini, kata agensi berita negara itu.

Agensi Berita Somalia, memetik Mohamed Ibrahim, Gabenor Wilayah Lower Shabelle, berkata serangan itu berlaku di jalan antara daerah Qoryoley dan Marka dan 12 orang lagi cedera.

Ibrahim berkata, serangan pengganas telah menyebabkan letupan itu, kata agensi berita itu di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Ibrahim tidak menyatakan kumpulan mana yang disyaki melakukan serangan itu.

Al Shabaab yang dikaitkan dengan Al Qaeda pada masa lalu telah mengambil tanggungjawab untuk serangan sama.

Kumpulan itu berjuang sejak 2006 untuk menjatuhkan Kerajaan Somalia dan menubuhkan pemerintahannya sendiri berdasarkan tafsiran ketat undang-undang Syariah Islam. -REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu