(Foto Reuters)
OKINAWA, 3 Ogos- Dua orang dilaporkan maut pada pagi Khamis, ketika Taufan Khanun yang bergerak perlahan terus membawa hujan lebat dan angin kencang ke selatan Jepun, memanjangkan lagi potensi kerosakan akibat ribut itu.
Menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana, seramai 41 orang di wilayah Okinawa dan Kagoshima cedera, manakala kira-kira 166,000 isi rumah terputus bekalan elektrik.
Sementara itu, Lapangan Terbang Naha, yang terletak di ibu kota Okinawa dan pintu masuk utama ke destinasi pelancongan popularnya, beroperasi semula selepas ditutup selama dua hari.
Bagaimanapun, ratusan penerbangan tetap dibatalkan.
Penyiar awam NHK pula memaklumkan, ribut di timur laut China sedang menuju ke barat laut dan diunjurkan menukar arah untuk bergerak ke timur menuju ke tanah besar negara itu hingga Selasa (8 Ogos), namun laluannya tidak ditentukan.-REUTERS
(Foto Reuters)