fb fb fb fb fb

Taufan Idalia memaksa penduduk Florida berpindah

AMERIKA SYARIKAT, 30 Ogos - Sebilangan besar penduduk di Steinhatchee di Florida, berhasrat untuk meningalkan kediaman masing-masing, selepas Taufan Idalia sedang menuju daerah itu. 

Sekurang-kurangnya 23 daerah di Florida mengeluarkan arahan berpindah, yang dikeluarkan menerusi laman web dan media sosial.

Idalia dijangka melanda daerah itu pada pagi Rabu dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 111 batu sejam (179 kph).

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC), Taufan Idalia dijangka mencapai kategori 3 pada skala angin Saffir-Simpson yang membawa kepada taufan besar.

Gabenor Florida Ron DeSantis telah mengisytiharkan darurat di 46 daerah di Florida.

Kira-kira 5,500 Tentera Pengawal Kebangsaan telah digerakkan dan beribu-ribu pekerja tenaga elektrik sedang bersiap siaga untuk membantu memulihkan tenaga, selepas sahaja taufan berlalu. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu