fb fb fb fb fb

Dua maut, empat cedera serangan bom di selatan Thailand

(Foto FB Diaspora Patani)

BANGKOK, 29 Ogos- Selatan Thailand digegarkan dengan letupan bom yang membunuh sekurang-kurangnya dua orang serta mencederakan empat yang lain.

Serangan berlaku di daerah Yarang dekat wilayah Pattani ketika pasukan keselamatan mengawal kawasan terbabit, malam tadi.

Media tempatan melaporkan, letupan menyasarkan sebuah kereta polis serta mengenai tiang elektrik.

Sementara itu, rakaman di media sosial menunjukkan kawasan terbakar berhampiran lokasi letupan, dan beberapa tembakan kedengaran.

Gabenor Pattani, Pateemoh Sadeeyamu berkata, siasatan terhadap serangan berkenaan sedang dijalankan.

Lebih 7,000 orang telah terbunuh dalam pemberontakan sejak 2004 dan seramai 13,500 cedera, menurut Deep South Watch, sebuah badan pemikir tempatan. -AFP

(Foto FB Diaspora Patani)

Media Baharu