fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.2 magnitud landa pantai utara Panama

MEXICO CITY, 29 Ogos- Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud dilapor melanda pantai utara Panama.

Institut Geosains Geologi Kongres Antarabangsa (IGC) di negara Amerika Tengah memaklumkan, gempa berlaku pada kedudukan kira-kira 61 kilometer (km) dari pulau El Porvenir di Caribbean, lewat malam tadi.

Gegaran tersebut turut dirasai di ibu kota, Panama City.

Setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan. -Reuters

(FOTO AFP)

Media Baharu