fb fb fb fb fb

Taufan Gabrielle, penduduk New Zealand diarah bersembunyi

Foto Hiasan/REUTERS

WELLINGTON, 12 Februari- Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins memberi amaran kepada penduduk untuk bersembunyi dan menyediakan pelan pemindahan ketika taufan Gabrielle mula melanda hujung utara negara itu.

Taufan Gabrielle diramal akan menyelubungi bahagian atas Pulau Utara dalam tempoh 48 jam mulai petang ini.

"Mesej utama kami kepada orang ramai di seluruh negara adalah untuk mengambil serius amaran cuaca buruk dan memastikan anda bersedia.

"Pastikan anda bersedia dengan barangan penting anda, pastikan anda tahu ke mana anda perlu pergi sekiranya anda perlu mengosongkan rumah anda," katanya kepada wartawan.

Biro cuaca MetService melaporkan tiupan angin di utara New Zealand pada pagi Ahad mencecah sehingga 140 kilometer sejam.

"Sistem ini menunjukkan risiko cuaca yang melampau, memberi kesan dan tidak pernah berlaku sebelum ini di banyak wilayah di Pulau Utara dari Ahad hingga Selasa," kata MetService.

Taufan itu diramalkan akan lemah sedikit apabila ia menuju ke selatan pada hari Isnin dan Selasa.

Situasi itu juga memaksa penutupan Jambatan Pelabuhan Auckland dan pembatalan penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Auckland pada Isnin.-AFP


(Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins/AFP)

Media Baharu