(Ombak dan angin terus melanda Pantai Selatan selepas Taufan Fiona melepasi Bermuda/ REUTERS)
KANADA, 24 September- Penduduk Nova Scotia, di pantai timur negara tersebut kini telah membuat persiapan menghadapi Taufan Fiona yang diramal berlaku pada hari ini.
Pusat Taufan Kanada meramalkan ribut dengan hujan lebat bakal melanda kawasan tersebut sekali gus mampu mengancam keselamatan penduduk setempat.
Penduduk-penduduk di Halifax dilihat mula menyimpan stok barangan runcit dan gas selain meletakkan beg pasir berhampiran pantai sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada semalam, Pusat Taufan Amerika Syarikat memaklumkan Taufan Fiona berada kira-kira 970 kilometer ke selatan Halifax dan bergerak ke utara pada kelajuan 56 kilometer sejam.
Sebelum ni Taufan Fiona telah pun memusnahkan beberapa pulau Caribbean pada awal minggu ini, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang dan merosakkan bekalan elektrik untuk hampir kesemua 3.3 juta penduduk Puerto Rico.- REUTERS
(Papan tanda di luar kedai gula-gula,Rum Runners menunjukkan penutupannya sebelum
ketibaan Taufan Fiona di Halifax, Nova Scotia/ REUTERS)