fb fb fb fb fb

Taufan Doksuri landa Filipina, ribuan penduduk dipindahkan

(Foto AFP)

MANILA, 26 Julai- Ribuan penduduk berlindung di pusat pemindahan kecemasan selepas Taufan Doksuri melanda Filipina.

Menurut Agensi Cuaca Filipina, ia membawa angin kuat sehingga 175 kilometer sejam ketika berlegar di perairan Pulau Fuga.

"Taufan yang boleh mengancam nyawa itu telah menumbangkan pokok, memutuskan bekalan elektrik dan hujan lebat.

"Doksuri melanda Lautan Pasifik pada Selasa, tetapi lemah apabila menghampiri Filipina," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Pegawai Bencana Wilayah Cagayan, Ruelie Rapsing berkata kira-kira 12,000 penduduk telah dipindahkan dari rumah mereka di wilayah Cagayan, termasuk 431 di kepulauan Babuyan disebabkan taufan terbabit.

Fuga adalah salah satu daripada lima pulau yang membentuk kepulauan kecil itu.

Banjir juga telah dilaporkan di kawasan perbandaran pantai Lallo, Pamplona dan Claveria.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu