fb fb fb fb fb

Zelensky tidak akan bertolak ansur dengan pengkhianat

(Zelensky melawat bangunan kediaman yang rosak akibat
serangan peluru berpandu Rusia di Zaporizhzhia/REUTERS)

KIEV, 26 Julai- Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan rasuah atau pengkhianatan dalam hal ehwal negara, ketika Ukraine sedang bertungkus lumus berusaha mempertahankan diri daripada penceroboh Rusia.

Menerusi ucapan video berkenaan antirasuah yang disiarkan, dua kes penting terbongkar iaitu penahanan seorang pegawai pengambilan tentera yang dituduh melakukan penyelewengan besar-besaran dan seorang ahli parlimen yang dituduh bekerjasama dengan Rusia.

Pada bulan lalu, beliau mengumumkan rancangan untuk mengaudit pejabat draf tentera bagi menghapuskan rasuah.

Langkah itu adalah sebahagian daripada dasar lama untuk membersihkan jabatan tentera dan kerajaan dalam usaha menunjukkan kepada penyokong Barat Ukraine bahawa, beliau serius untuk menangani rasuah yang berakar umbi.

Ia merupakan elemen utama dalam yang proses panjang bagi memperoleh keahlian Kesatuan Eropah.

"Rakyat Ukraine yang menyokong perang marah dengan amalan rasuah", kata Zelensky.


(Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky/AFP)

"Biar saya beri amaran kepada semua ahli parlimen, pegawai dan semua yang bekerja sebagai penjawat awam,” katanya.

“Apabila anda menghabiskan masa berhari-hari mencari senjata untuk negara, apabila perhatian semua orang tertumpu pada sama ada terdapat artileri, peluru berpandu dan dron, anda merasakan kekuatan moral yang diberikan oleh askar kita kepada Ukraine.

"Tiada siapa yang akan memaafkan ahli parlimen, hakim, pegawai tentera atau mana-mana pegawai lain kerana meletakkan diri mereka sebagai pembangkang kepada negeri.

Tentera Rusia menyerang Ukraine pada Februari 2022, sejak itu perang telah membunuh beribu-ribu orang awam dan anggota tentera, menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal dan menghancurkan bandar-bandar Ukraine.

Zelensky, ketika berucap kepada ahli parlimen, berkata beliau tidak akan bertolak ansur lagi dengan mereka yang jenis mementingkan keuntungan peribadi dan mereka yang enggan menyokong undang-undang yang diperlukan untuk Ukraine memulakan kempen untuk mendapatkan memperolehi keahlian EU (Kesatuan Eropah).

“Saya tidak mahu lagi melihat sebarang penolakan seperti itu,” katanya. "Tiada siapa yang mahu melihatnya. "Ukraine tidak mempunyai masa lagi untuk itu".

Terdahulu, pihak berkuasa undang-undang berkata Ketua Pusat Pengambilan Tentera di selatan Ukraine yang dituduh melakukan rasuah dan penyelewengan telah diperintahkan ditahan dalam tahanan pra-perbicaraan, dengan jaminan ditetapkan bersamaan lebih AS$4 juta.

Agensi Kebangsaan Pencegahan Rasuah Ukraine berkata, Ketua Pejabat Pengambilan Tentera di Odesa, Yevhen Borysov dituduh memperoleh dana yang tidak dapat dijelaskan bernilai lebih AS$5 juta.

Media Ukraine telah melaporkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini tentang bagaimana keluarganya memperoleh harta di Sepanyol.

Novikov memberitahu sidang akhbar bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa Borysov telah memperoleh jumlah yang besar melalui pinjaman daripada rakan kongsi perniagaan, ketika Ukraine Ukraine menghadapi serangan Rusia setiap hari.

Pejabat pendakwa raya berkata ahli parlimen Oleksandr Ponomaryov, yang disyaki bekerjasama dengan Rusia di tenggara, telah ditangkap sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan pengkhianatan.

Ponomaryov, seorang ahli parlimen dituduh mempunyai kaitan dengan Rusia, telah ditahan dalam tahanan tanpa penjamin oleh Mahkamah Daerah Pechersk Kiev. Bagaimanapun, dia telah menafikan bekerjasama dengan Rusia pada masa lalu.-REUTERS

Media Baharu