fb fb fb fb fb

Taufan Doksuri landa China, lebih 800,000 penduduk terjejas

(Foto REUTERS)

FUZHOU, 29 Julai- Taufan Doksuri yang melanda wilayah Fujian telah menyebabkan lebih 800,000 penduduk terjejas.

Menurut pihak berkuasa tempatan, Taufan Doksuri yang merupakan salah satu ribut paling kuat, telah menyebabkan banjir besar berlaku.

"Bandar Fuzhou menggantung perkhidmatan kereta api bawah tanah kerana dilanda banjir.

"Penyelamat bekerja keras membantu mangsa-mangsa banjir yang terperangkap.

"Kawasan di Jinan, barat laut China juga dilanda banjir disebabkan taufan itu.

"Bergerak ke barat laut, ribut itu berpusat di bandar Jiujiang di wilayah selatan Jiangxi dan kekuatannya semakin hilang hari ini.

"Taufan tersebut diramal bergerak ke wilayah Anhui," katanya menerusi kenyataan. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu