fb fb fb fb fb

Matthias Jaissle dinamakan sebagai jurulatih baharu Al-Ahli

(FOTO FB 365scores)

PARIS, 29 Julai - Kelab Arab Saudi, Al-Ahli pada Jumaat menamakan Matthias Jaissle sebagai jurulatih baharu mereka.

Jurulatih berusia 35 tahun itu berpindah daripada juara liga Austria, RB Salzburg.

Jaissle dianggap sebagai salah seorang pengurus berkaliber menyertai beberapa pemain berprofil tinggi seperti Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema yang berpindah ke Liga Pro Saudi dengan gaji yang tinggi.

(Matthias Jaissle / FOTO FB 365scores)

Al-Ahli dalam satu kenyataan di media sosial berkata kelab tersebut mengalu-alukan kehadiran Jaissle ke kelab itu.

"Kami mengucapkan selamat datang kepada Matthias Jaissle," beberapa jam selepas kelab berkenaan mendedahkan penyerang Manchester City, Riyad Mahrez sebagai pembelian terbaharu mereka.

Ketika bersama Salzburg, Jaissle membawa kelab berkenaan menjulang kejuaraan Austria bagi dua musim berturut-turut.

Jaissle menyertai beberapa pengurus Eropah ternama seperti Steven Gerrard (Al-Ettifaq), Jorge Jesus (Al-Hilal) dan Luis Castro (Al-Nassr) bagi menyertai liga Arab Saudi musim ini.-AFP

Media Baharu