fb fb fb fb fb

Gelombang haba ancam separuh daripada kanak-kanak di Eropah dan Asia Tengah

(FOTO AFP)

GENEVA, 29 Julai - 92 juta kanak-kanak di Eropah dan Asia Tengah, atau separuh daripada kesemua penduduk muda di rantau ini didapati lebih kerap terdedah kepada gelombang haba iaitu dua kali ganda purata global.

Negara di rantau itu kini merasakan bahang akibat krisis iklim, dengan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak paling terjejas teruk.

Pengarah Serantau Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Regina De Dominicis berkata angka itu dijangka meningkat kepada semua kanak-kanak pada 2050.

(Pengarah Serantau Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF),
Regina De Dominicis / FOTO UNICEF)

Katanya implikasi negatif terhadap kesihatan sebahagian besar kanak-kanak di rantau itu sewajarnya menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk segera melabur dalam langkah-langkah mitigasi.

Gelombang haba juga menjejas pendidikan kanak-kanak kerana menghalang keupayaan mereka untuk menumpukan perhatian dan belajar.

Lebih membimbangkan, kira-kira 81 peratus daripada kanak-kanak ini akan mengalami tempoh gelombang haba berpanjangan, manakala 28 peratus akan menghadapi keadaan gelombang haba lebih teruk.-UN NEWS

Media Baharu