fb fb fb fb fb

Doksuri taufan paling kuat landa China

(Foto REUTERS)

NAN'AN, 29 Julai- Taufan Doksuri yang mengakibatkan banjir di China telah menyebabkan tanah runtuh di beberapa kawasan negara itu.

Peramal negara menjangkakan ribut kuat akan berlaku dalam masa tiga hari akan datang

"Hujan lebat dijangka melebihi 220,000 kilometer persegi, sekali gus boleh menjejaskan 130 juta penduduk," katanya kepada pemberita di sini.

Doksuri adalah taufan paling kuat melanda China tahun ini dan yang kedua terkuat melanda wilayah tenggara Fujian selepas Taufan Meranti pada 2016.

Ia memaksa penutupan sekolah dan premis perniagaan serta pemindahan pekerja dari pelantar minyak dan gas di luar pesisir pantai . - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu