fb fb fb fb fb

Sembilan maut, lebih 100 cedera selepas gudang bunga api meletup

(Foto Khaosod English)

BANGKOK, 29 Julai- Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala lebih 100 orang cedera selepas sebuah gudang bunga api meletup di Narathiwat, Thailand petang tadi.

Menurut Gabenor Narathiwat, Sanan Pongaksorn, letupan di bandar Sungai Kolok di wilayah selatan Narathiwat dipercayai berpunca daripada kerja kimpalan semasa kerja pembinaan bangunan tersebut.

"Kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya.

"Siasatan awal mendapati punca disebabkan masalah teknikal semasa proses mengimpal keluli.

"Kerosakan turut berlaku di premis dan rumah berhampiran gudang berkenaan.

"Kenderaan berhampiran gudang terbabit turut rosak," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Penyiar Thai PBS melaporkan bahawa sebanyak 500 rumah rosak akibat letupan di bandar sempadan dengan Malaysia itu.

Thailand mempunyai rekod keselamatan yang lemah dalam sektor pembinaan dan kemalangan maut adalah perkara biasa.

Bulan lalu, dua orang maut apabila sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan di Bangkok runtuh sehingga menyebabkan orang awam terbunuh. - AFP


(Foto Khaosod English)

Media Baharu