fb fb fb fb fb

Taufan Dana dijangka badai wilayah pantai timur India

Foto AFP

KOLKATA, 24 Oktober - Lebih sejuta penduduk di wilayah pantai timur India dikerah meninggalkan kediaman masing-masing menjelang badaian Taufan Dana.

Pada masa sama lapangan terbang utama ditutup, termasuk hab perjalanan utama Kolkata.

Menurut biro cuaca India taufan kuat itu dijangka melanda pantai Bengal Barat dan negeri Odisha, yang menempatkan kira-kira 150 juta penduduk lewat malam ini dengan kelajuan angin sehingga 120 kilometer sejam.

Manakala awal pagi esok ia dijangka mendarat berhampiran pelabuhan pengeksport arang batu Dhamra, kira-kira 230 kilometer di barat daya Kolkata.

Taufan Dana juga dijangka memberi kesan kepada negara jirannya, Bangladesh.-AFP

Trainee2