fb fb fb fb fb

Taufan Bebinca paling kuat landa Shanghai sejak 1949

Shanghai, China/ REUTERS

BEIJING, 16 September- Taufan Bebinca melanda Shanghai pada Isnin dan dikategorikan sebagai ribut kategori 1.

Ia merupakan taufan tropika paling kuat melanda hab kewangan China itu secara langsung dalam tempoh lebih tujuh dekad.

Media kerajaan melaporkan Bebinca dengan kelajuan angin tertinggi 151 kph (94 mph) melanda di bandar yang dihuni hampir 25 juta penduduk itu kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan.

Bebinca merupakan ribut paling kuat melanda Shanghai sejak kejadian Taufan Gloria pada 1949.

Shanghai jarang dilanda taufan kuat kerana ia sering melanda ke selatan China.

Yagi, ribut Kategori 4 melanda wilayah Hainan selatan minggu lalu.

Beratus-ratus penerbangan dibatalkan dari dua lapangan terbang di bandar itu sejak malam Ahad dan stesen kereta api Shanghai dan feri juga menggantung beberapa perkhidmatan.

Gangguan itu berlaku semasa China meraikan cuti umum selama tiga hari.

Pusat peranginan di Shanghai, termasuk Shanghai Disney Resort, Jinjiang Amusement Park dan Shanghai Wild Animal Park, telah ditutup buat sementara waktu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI