fb fb fb fb fb

Taufan Batsirai di Madagascar semakin lemah

FOTO AFP


MADAGASCAR, 7 Februari- Hujan lebat dan banjir dijangka terus-terusan berlaku walaupun badai Taufan Batsirai semakin lemah.

Kelajuan purata angin taufan turun mendadak hampir separuh kepada 80 km/j.

Menurut Jabatan Meteorologi kepulauan itu, taufan berkenaan adalah ribut kedua melanda negara pulau itu dalam tempoh beberapa minggu, bergerak ke arah barat pada kadar 19 km/j.

"Namun, banjir di kawasan terjejas masih dijangka berlaku berikutan hujan lebat," katanya, sambil menambah Batsirai akan muncul di laut di Selat Mozambique hari ini.

Batsirai mendarat di daerah Mananjary, lebih 530 kilometer (km) di tenggara ibu kota Antananarivo, sekitar jam 8 malam waktu tempatan semalam.

"Ia sampai ke pulau itu sebagai ribut tropika yang kuat, membawa angin berkelajuan 165 km/j," kata jurucakap agensi pengurusan bencana negara, Faly Aritiana Fabien.

Pihaknya juga memaklumkan bimbang kemungkinan kerosakan yang besar dan meluas.

Selepas satu jam setengah taufan melanda, kira-kira 27,000 mangsa sudah meninggalkan kediaman. -AFP

Media Baharu