CATANIA, 1 September- Pasukan penyelamat gunung pada Ahad bekerjasama dengan pemandu bertauliah bagi memastikan keselamatan pelancong yang mahu menyaksikan aliran lahar gunung berapi Etna itu dari dekat.
Pelancong diwajibkan berada sekurang-kurangnya 50 meter dari aliran lahar manakala pasukan penyelamat tempatan bertugas memastikan garis keselamatan itu dipatuhi.
Selain itu, pelancong juga dilarang mendaki melebihi paras 2,500 meter tanpa ditemani pemandu gunung yang bertauliah.
Ketua stesen Guardia di Finanza di Nicolosi, Paolo Bernardini berkata pemantauan lawatan berpandu di kawasan berkenaan berjalan lancar.
Gunung Etna, gunung berapi aktif tertinggi di Eropah, meletus beberapa kali setiap tahun dengan memuntahkan lahar serta abu ke ruang udara pulau Mediterranean, Sicily. -REUTERS