LIMA, 15 Mei– Ratusan rakyat Peru mengadakan mogok di Lima pada Rabu, bagi mendesak campur tangan Paus Leo XIV dalam isu keselamatan negara yang semakin membimbangkan.
Penunjuk perasaan dilihat memenuhi jalan-jalan utama sebelum tercetus kekecohan antara mereka dengan pasukan polis.
Sebahagian besar mereka membawa sepanduk yang memohon Paus Leo XIV, rakyat Amerika-Peru pertama yang dilantik sebagai ketua Gereja Katolik, agar bertindak membantu.
Menurut angka rasmi kerajaan, kes pembunuhan di Peru melonjak lebih 30 peratus dalam tempoh setahun, daripada 1,508 kes pada 2023 kepada 2,059 kes tahun ini.
Kebanyakan kejadian itu dikaitkan dengan kegiatan kumpulan jenayah terancang yang menyasarkan sektor perniagaan, termasuk syarikat pengangkutan.- REUTERS