fb fb fb fb fb

Serangan terbaharu Rusia ragut 3 nyawa di Ukraine

Foto Hiasan

UKRAINE, 15 Mei- Tiga maut dalam serangan peluru berpandu Rusia yang menyasarkan kawasan perindustrian berhampiran bandar timur laut Ukraine, Sumy, pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan Gabenor Wilayah, Oleh Hryhorov menerusi perkongsian di Facebook.

Menerusi rakaman video yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine, pasukan penyelamat dilihat memadam kebakaran dan membersihkan runtuhan di lokasi kejadian.

Wilayah Sumy yang terletak bersempadan dengan wilayah Kursk, Rusia, sering menjadi sasaran serangan sejak perang tercetus lebih tiga tahun lalu, dan semakin kerap diserang sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Terdahulu, serangan Rusia di bandar Sumy telah mengorbankan 35 nyawa.

Moscow menafikan menyasarkan orang awam dalam konflik itu.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM