fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Empat mayat ditemukan, enam masih hilang di Indonesia

FOTO AFP

JAKARTA, 27 Mac- Empat mayat termasuk dua kanak-kanak ditemukan dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang melanda sebuah perkampungan di Pulau Jawa, Indonesia, Ahad lepas.

Sementara itu, usaha mencari enam lagi yang masih hilang sedang giat dijalankan oleh penyelamat.

Kampung Cibenda di Jawa Barat ditenggelami air ketika penduduk sedang nyenyak tidur pada tengah malam kejadian berkenaan.

Laporan awal memaklumkan 10 orang hilang dan puluhan rumah rosak dengan memaksa ratusan penduduk berpindah ke tempat selamat.

"Sehingga pagi ini, empat mayat telah ditemukan dan enam lagi masih dicari," kata Meidi, Ketua Agensi Mitigasi Bencana Tempatan.

Terdahulu, bencana alam sama yang melanda Pulau Sumatera mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang dengan ramai lagi masih hilang dalam kejadian awal bulan ini -AFP

SITI AISHAH MD ISA