fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Enam dikhuatiri maut di wilayah Fujian, China

Seorang penduduk warga emas yang terjejas akibat banjir dipindahkan berikutan hujan lebat di daerah Wuping di Longyan, wilayah Fujian, China/ REUTERS

SHANGHAI, 22 Jun- Enam orang ditemui maut selepas hilang seminggu lalu semasa berlaku tanah runtuh akibat hujan lebat di wilayah Fujian, tenggara China, lapor media CCTV hari ini.

Pasukan penyelamat menemui mereka selepas pencarian meluas dilakukan sejak terputus hubungan dengan mangsa pada Ahad, kata CCTV.

Hujan lebat luar biasa telah melanda selatan China selepas permulaan awal musim banjir tahunan.

Angka kematian mencecah 38 orang pada Jumaat di bandar Meizhou di wilayah Guangdong di selatan China.

Hujan lebat telah membawa kepada banjir kilat dan tanah runtuh yang memusnahkan beribu-ribu rumah bertingkat dan merosakkan jalan dan tanaman.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI