fb fb fb fb fb

Kepulangan kapal angkasa Boeing Starline ditangguh lagi

Foto Hiasan/ REUTERS

WASHINGTON, 22 Jun- Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memaklumkan, kepulangan Boeing Starliner ke bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), yang dijadualkan minggu depan telah ditangguhkan lagi.

NASA berkata, kelewatan kepulangan yang dijadualkan semula pada 26 Jun ini akan memberi lebih banyak masa untuk semakan kerosakan yang menjadi punca kebocoran helium sehingga kepulangan kapal angkasa itu ditangguhkan sebelum ini.

Misi kru pertama Starliner ke ISS, yang pada mulanya dijadualkan berlangsung kira-kira lapan hari, dilanjutkan ke tarikh yang belum ditentukan.

Kapal angkasa itu berlepas dari Florida di atas roket United Launch Alliance Atlas V pada 5 Jun lalu selepas penangguhan selama bertahun-tahun dan kebimbangan keselamatan serta dua percubaan pelancaran yang dibatalkan ketika angkasawan bersedia untuk berangkat.

"Kepimpinan NASA dan Boeing sedang menyesuaikan masa untuk kepulangan kapal angkasa Starliner Crew Flight Test ke bumi.

"Pergerakan pada Rabu ini menyahkonflik pengalihan dan pendaratan Starliner daripada satu siri laluan angkasa lepas ISS yang dirancang sambil memberi masa kepada pasukan misi untuk menyemak data sistem pendorongan," katanya.

Pengurus Program Kru Komersial NASA, Steve Stich berkata; "Kami mengambil masa kami dan mengikuti proses pasukan pengurusan misi mngiku standard kami."

"Kami biarkan data memacu pembuatan keputusan berbanding mengurus kebocoran sistem helium kecil dan kami memerhatikan prestasi alat pendorong ketika ia bercantum semula dan berlabuh," katanya.

Stitch berkata, Starliner, yang diketuai dua angkasawan, Butch Wilmore dan Suni Williams, kedua-duanya bekas juruterbang ujian Tentera Laut AS, menunjukkan "prestasi yang baik di orbit ketika berlabuh ke stesen angkasa."

NASA berkata, kru tidak perlu tergesa-gesa untuk meninggalkan stesen kerana kapal itu dipenuhi dengan bekalan dan "jadual stesen itu agak terbuka sehingga pertengahan Ogos."

Pelabuhan awal di ISS ditangguhkan lebih sejam selepas beberapa penujah Starliner yang memberikan gerakan halus pada mulanya gagal beroperasi.

Dilaporkan, terdapat satu kebocoran helium yang menjejaskan Starliner sebelum pelancaran.

Walaupun gas itu tidak mudah terbakar, helium boleh memberikan tekanan kepada sistem pendorong yang mana kebocoran lain dikesan muncul ketika penerbangan. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI