fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Filipina ragut empat nyawa

FOTO HIASAN/REUTERS

MANILA, 11 Julai - Sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian tanah runtuh di Bandar Antipolo di wilayah Rizal, timur Manila, menurut ketua maklumat awam bandar itu pada Khamis, lapor Xinhua.

Relly Bernardo yang juga jurucakap Pejabat Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Bandar Antipolo, berkata tanah runtuh itu berlaku di tapak pembinaan dalam kawasan persendirian pada petang Rabu.

Dalam kejadian itu seramai tujuh mangsa dilaporkan tertimbus.

Beliau berkata anggota penyelamat telah menemukan empat mayat dan menyelamatkan tiga lagi yang terperangkap bawah tanah dan lumpur.

"Kesemua tujuh mangsa telah disahkan" katanya kepada Xinhua melalui telefon, sambil menambah siasatan masih dijalankan.

TETITIA YUSOFF