fb fb fb fb fb

Selebriti Bollywood hadir ke upacara khas menjelang perkahwinan Anant Ambani

FOTO REUTERS

MUMBAI, 11 Julai - Beberapa bintang Bollywood pada Rabu mula tiba di kediaman individu terkaya di India, Mukesh Ambani bagi menghadiri upacara keagamaan khas menjelang perkahwinan anaknya Anant, hujung minggu ini.

Selebriti itu termasuk Ranveer Singh, Ananya Panday dan Sanjay Dutt, serta pemain kriket India Mahendra Singh Dhoni menghadiri acara itu yang diadakan di rumah agam 27 tingkat Ambani, Antilia, di sini.

Majlis perkahwinan paling mewah sepanjang tahun itu akan berlangsung pada Jumaat (12 Julai) antara pasangan Anant Ambani, 29, dan teman wanita Radhika Merchant, 29.

Minggu lalu, Justin Bieber membuat persembahan di hadapan ratusan tetamu pada konsert praperkahwinan Anant dan pasangannya yang diadakan secara tertutup.

Pada Mac lalu, Rihanna diundang membuat persembahan pada majlis praperkahwinan berasingan selama tiga hari di negeri Gujerat.

Bill Gates dan Mark Zuckerberg dari Meta adalah antara 1,200 tetamu yang hadir pada acara itu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF