fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Ethiopia, angka korban meningkat 146

Foto AFP

ADDIS ABABA, 23 Julai- Angka korban tanah runtuh di selatan Ethiopia semalam meningkat daripada 55 ke 146 orang.

Memetik kenyataan Jabatan Hal Ehwal Komunikasi Zon Gofa, pegawai tempatan, Habtamu Fetena berkata angka korban itu dijangka akan terus meningkat.

"Jumlah kematian akibat tanah runtuh itu berlaku di daerah Geze Gofa.

"Mayat 96 lelaki dan 50 wanita telah ditemukan.

"Operasi mencari mangsa hilang giat dilakukan," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, tanah runtuh itu berlaku berikutan hujan lebat di kawasan pergunungan tersebut. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM