fb fb fb fb fb

Gunung Etna meletus, operasi kapal terbang dihentikan

Foto REUTERS

BELPASSO, 23 Julai- Penerbangan melalui ruang udara di bandar Catania di timur Sicily dihentikan selepas berlaku letusan dari Gunung Etna, hari ini.

Keadaan itu turut menyebabkan pembatalan penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Catania.

Pihak berkuasa tempatan telah memutuskan penggantungan semua penerbangan.

Etna, salah satu gunung berapi paling aktif di dunia, telah menyaksikan peningkatan aktiviti seismik sejak kebelakangan ini.

Ia turut memuntahkan lahar dan abu panas. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM