fb fb fb fb fb

Taiwan yakin boleh lindungi negara daripada ancaman China - tentera 

(Pintu masuk utama Pangkalan Tentera Sungshan di Taipei lokasi pesawat dinaiki
Speakar Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dijangka mendarat/AFP)

TAIPEI, 2 Ogos- Tentera Taiwan hari ini menyatakan bahawa mereka “akan berusaha sedaya upaya, mampu dan yakin” boleh melindungi negara susulan peningkatan ancaman China menjelang potensi lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke negara itu.

“Kami secara teliti sedang membuat persiapan merangkumi pelbagai rancangan dan menempatkan sejumlah anggota tentera mengikut peraturan tindak balas situasi kecemasan dan ancaman yang ditimbulkan oleh musuh," kata kementerian pertahanan di Taipei dalam satu kenyataan.

Hari ini, Pelosi tiba di Malaysia, lokasi persinggahan ke-2 sempena rangka lawatan ke Asia yang telah mencetuskan kemarahan Beijing mengenai kemungkinan lawatan pemimpin itu ke Taiwan.

China menganggap Taiwan sebahagian wilayahnya dan berulang kali memberi amaran lawatan itu sebagai tindakan provokasi paling serius.

Selepas Singapura dan Malaysia, Pelosi dijadual singgah di Korea Selatan dan Jepun – namun kemungkinan Polosi singgah di Taiwan telah mendominasi siri lawatan itu.

Meskipun pentadbiran Presiden Joe Biden difahamkan membantah lawatan Pelosi ke Taiwan, jurucakap Majlis Keselamatan White House menyebut Pelosi berhak pergi ke mana-mana destinasi yang disukainya.

“Speaker Pelosi berhak melawat Taiwan,” katanya kepada wartawan.

“Tiada alasan untuk Beijing menghalang lawatan yang selari dengan dasar lama AS; menjadikan ia seperti krisis,” tambahnya. –AFP


(Pekerja sedang membina zon keselamatan di luar perkarangan sebuah hotel di Taipei,

lokasi Speakar Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dijangka menginap/AFP)

Berita berkaitan
Lawatan sulung Nancy Pelosi dan delegasi kongres AS tiba di Malaysia
Krisis China-Taiwan, rondaan jet pejuang China dianggap provokasi terbaharu
Kremlin nyatakan solidariti dengan Beijing berhubung isu Taiwan
AS perlu “tanggung kesan” jika Pelosi melawat Taiwan - China
China sedia mulakan perang dengan AS, jika Taiwan mahu isytihar kemerdekaan

Media Baharu