fb fb fb fb fb

Junta Myanmar lanjut tempoh darurat hingga 2023

NAYPYIDAW, 2 Ogos - Junta Myanmar akan melanjutkan tempoh darurat di negara itu selama enam bulan lagi sehingga Februari tahun depan.

Kali pertama darurat diisytiharkan adalah Februari 2021, selepas Jeneral Kanan Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi.

Media tempatan melaporkan Ming Aung Hlaing menyerahkan laporan kepada kerajaan Majlis Pentadbiran Negeri untuk membenarkannya berkhidmat selama enam bulan lagi mengikut peruntukan darurat Perlembagaan bagi memboleh beliau menjalankan tugas dengan berkesan.

Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar ‘sebulat suara menyokong’ cadangan untuk melanjutkan tempoh pengisytiharan darurat di bawah Seksyen 425 Perlembagaan.

(Jeneral Myanmar Min Aung Hlaing semasa perarakan sempena Hari Angkatan Tentera ke-72/FOTO REUTERS)

Kerajaan Min Aung Hlaing berjanji untuk mengadakan pilihan raya baharu pada Ogos tahun depan.

Namun rakyat ragu-ragu jika pilihan raya tersebut tidak berlangsung dengan bebas dan adil.

Media Baharu