fb fb fb fb fb

Taiwan tolak gabungan Uber-Foodpanda

Foto AFP

TAIPEI, 25 Disember- Taiwan menolak rancangan Uber untuk membeli Delivery Hero's Foodpanda kerana perjanjian berkenaan akan menjejaskan persaingan pasaran dengan ketara di kepulauan itu.

Gergasi pengangkutan kereta Amerika Syarikat (AS) menyasarkan untuk bergabung dengan Foodpanda Taiwan sekali gus menjadi dua pemain teratas dalam pasaran penghantaran makanan Taiwan.

"Jika Uber memperoleh Foodpanda, ia tidak akan dihalang sepenuhnya oleh persaingan," kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan Adil (FTC) Taiwan Chen Chi-ming dalam satu sidang media.

"Kelemahan persaingan pasaran daripada penggabungan ini jauh melebihi faedah ekonomi," tambah Chen.

"Tiada langkah ketara dapat memastikan persaingan akan dikekalkan," katanya.

Uber menyifatkan perjanjian yang diumumkan pada Mei lalu sebagai salah satu tawaran antarabangsa terbesar Taiwan.

Chen berkata FTC perlua melakukan analisis ekonomi untuk menilai kesan penggabungan itu terhadap persaingan selain menerima lebih 600 maklum balas daripada platform penghantaran makanan dan agensi berkaitan.

Sementara itu kesatuan sekerja penghantaran Taiwan mengalu-alukan keputusan analisis FTC, namun jurucakap Su Po-hao berkata ia memperoleh "faedah lebih besar untuk masa depan industri penghantaran makanan".

Dalam pada itu kesatuan berkenaan berpendapat gabungan itu akan mewujudkan monopoli dan membawa kepada kerugian meluas bagi penunggang penghantaran, vendor dan pengguna.

Menurut laporan pada May lalu, syarikat-syarikat itu juga telah mencapai persetujuan berasingan untuk Uber membeli AS$300 juta dalam saham biasa Delivery Hero.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI