MOSCOW, 25 Disember- Serpihan dari dron Ukraine yang ditembak jatuh menyebabkan letupan dan kebakaran di sebuah pusat beli-belah di bandar Vladikavkaz di wilayah Ossetia Utara Rusia, kata gabenor tempatan Sergei Menyailo pada Rabu.
Sergei Menyailo menerusi hantaran di Telegram memaklumkan sistem pertahanan udara telah menembak jatuh dron itu kira-kira pukul 8.28 pagi waktu tempatan.
Seorang wanita dilaporkan terbunuh akibat serpihan yang menyebabkan kebakaran di dalam pusat beli-belah itu.
Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan dakwaan gabenor berkenaan berikutan tiada sebarang komen diterima berhubung perkara itu.
Kementerian Pertahanan Rusia berkata 119 dron Ukraine telah dimusnahkan dalam tempoh 24 jam.- Reuters