fb fb fb fb fb

32 terselamat dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Lokasi nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau di barat Kazakhstan/ AFP

ASTANA, 25 Disember- Sebuah pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines dengan 67 penumpang termasuk lima anak kapal terhempas pada Rabu di barat Kazakhstan selepas melakukan pendaratan cemas dari laluan yang dijadualkan, kata pegawai.

Pihak berkuasa Azerbaijan berkata 32 individu terselamat dalam nahas berhampiran bandar Aktau. Pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Baku ke Grozny.

"Sebuah pesawat yang melalui laluan Baku-Grozny terhempas berhampiran bandar Aktau. Ia milik Azerbaijan Airlines," kata Kementerian Pengangkutan Kazakhstan di Telegram.

Azerbaijan Airlines berkata pesawat itu "melakukan pendaratan cemas" sekitar tiga kilometer dari Aktau.

Sementara itu, Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev turut membatalkan lawatan ke Rusia.

Kementerian Pengangkutan Kazakhstan berkata pesawat itu membawa 37 warganegara dari Azerbaijan, enam dari Kazakhstan, tiga dari Kyrgyzstan dan 16 dari Rusia.

Pejabat pendakwa raya Azerbaijan berkata: "Menurut data yang diperolehi, 32 individu terselamat dalam nahas itu."

"Kami tidak boleh mendedahkan sebarang hasil siasatan ketika ini. Semua kemungkinan perkara ini sedang diperiks dan dianalisis oleh pakar," katanya dalam satu kenyataan.

"Pasukan penyiasat, diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Azerbaijan dihantar ke lokasi kejadian di Kazakhstan."

Sebelum ini 28 individu dilaporkan terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahasa berkenaan.

Seramai 150 pekerja kecemasan berada di tempat kejadian.

Kementerian Kesihatan turut menghantar doktor pakar dari Kazakhstan untuk merawat mangsa yang cedera.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI