fb fb fb fb fb

Taiwan tidak akan tunduk kepada tekanan China-Presiden Ching-te

Presiden Taiwan, Lai Ching-te/Foto REUTERS

TAIPEI,19 Jun-Presiden Taiwan, Lai Cheng-te berkata negara berkenaan tidak akan tunduk kepada tekanan oleh China.

Sebelum ini, China mendakwa Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayahnya dan berkata negara itu akan menggunakan apa sahaja cara bagi membawa kembali pulau berkenaan di bawah kawalannya termasuk kekerasan.

Beijing telah meningkatkan tekanan dari sudut ketenteraan dan politik terhadap Taiwan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Terbaharu,China menjalankan permainan perang di sekitar pulau berkenaan tiga hari selepas pelantikan Cheng-te sebagai Presiden.

Bercakap pada sidang akhbar pada Rabu yang menandakan bulan pertamanya sebagai Presiden, Cheng-te berkata "Pengilhakan Taiwan adalah merupakan dasar yang diamalkan oleh Kerajaan China.

"Selain kekuatan tentera, mereka menggunakan kaedah paksaan untuk cuba memaksa Taiwan tunduk," katanya.

"Bagaimanapun, Taiwan tidak akan tunduk kepada tekanan.
Rakyat Taiwan akan tegas mempertahankan kedaulatan negara dan menegakkan cara hidup berperlembagaan yang demokratik dan bebas", tambahnya lagi.

Cheng-te dianggap sebagai pemisah berbahaya oleh China dan memegang prinsip sama seperti bekas presiden terdahulu , Tsai Ing-wen yang menganggap pulau itu tidak perlu mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi kerana "sudah merdeka".

Sementara itu, China berkata permainan perang yang dilancarkan negara tersebut beberapa hari selepas pelantikan Cheng-te merupakan hukuman untuk ucapan Cheng-te yang digelar Beijing sebagai 'pengakuan kemerdekaan Taiwan.

kapal perang, jet pejuang dan kapal pengawal pantai dilaporkan mengelilingi Taiwan dalam latihan tiga hari yang digelar sebagai Joint Sword-2024A bertujuan menguji keupayaan China bagi menguasai pulau berkenaan.

Beijing berikrar akan terus memberikan tekanan ketenteraan berterusan selagi provokasi 'kemerdekaan Taiwan' berterusan.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD