fb fb fb fb fb

Los Angeles haramkan telefon pintar di sekolah

Foto hechingerreport.org

LOS ANGELES, 19 Jun-Para egawai pendidikan di Los Angeles pada Selasa mengundi bagi mengharamkan sepenuhnya penggunaan telefon pintar di semua sekolah di bandar berkenaan.

Langkah berkenaan diambil selepas Gabenor California menyuarakan sokongan terhadap pengharaman peranti tersebut di samping bimbang dengan kesan yang diakibatkan oleh peranti tersebut kepada kesihatan mental golongan muda.

Lembaga Pendidikan Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles, yang menguruskan sekolah kedua terbesar di Amerika Syarikat mengarahkan kakitangan untuk merangka rancangan untuk melarang penggunaan telefon bimbit dan media sosial sepanjang hari persekolahan.

"Sekolah yang sudah melaksanakan hari persekolahan tanpa telefon pintar melaporkan keputusan yang luar biasa.

"Kanak-kanak lebih gembira, mereka bercakap antara satu sama lain. Akademik mereka meningkat," kata ahli lembaga pengarah Nick Melvoin, yang mencadangkan larangan tersebut.

"Jadi saya benar-benar fikir ini adalah idea yang masanya telah tiba", tambah Melvoin.

Resolusi berkenaan memetik penyelidikan menunjukkan penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan beberapa masalah kesihatan mental iaitu tekanan, kebimbangan, kemurungan, masalah tidur, perasaan pencerobohan, dan pemikiran untuk membunuh diri dalam kalangan remaja.

Kajian berkenaan juga mendapati menghapuskan penggunaan telefon dan media sosial pada siang hari telah berjaya meningkatkan markah pada ujian standard dan peperiksaan akhir.

Undian yang dilakukan Lembaga Pendidikan Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles (LAUSD) terhadap pengharaman telefon pintar tersebut akan menjejaskan 600,000 pelajar hadir selepas beberapa pakar bedah dan doktor terkemuka Amerika Syarikat (AS) menggesa agar label amaran dikuat kuasakan di platform sosial media kerana sedang menyalakan krisis kesihatan mental dalam kalangan remaja.

"Remaja yang menghabiskan lebih daripada tiga jam sehari di media sosial menghadapi dua kali ganda risiko kebimbangan dan gejala kemurungan," Dr Vivek Murthy menulis dalam artikel pendapat New York Times.

"Purata penggunaan harian terhadap telefon pintar dalam kumpulan umur ini, pada musim panas 2023, adalah 4.8 jam," katanya.

Beberapa jam sebelum undian berkaitan penggunaan telefon pintar di sekolah oleh LAUSD, Gabenor California, Gavin Newsom menyokong usaha untuk mengekang penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid sekolah.

"Seperti yang ditegaskan oleh Pakar Bedah, media sosial memudaratkan kesihatan mental remaja kita," katanya.

"Apabila kanak-kanak dan remaja berada di sekolah, mereka harus fokus pada pelajaran mereka - bukan skrin mereka", kata Newsom.

Rang undang-undang belum selesai di badan perundangan negeri California akan memerlukan sekolah di daerah berkenaan ntuk menerima pakai langkah-langkah melarang atau mengehadkan penggunaan telefon pelajar semasa berada di sekolah.

"Saya berharap dapat bekerjasama dengan Badan Perundangan untuk menyekat penggunaan telefon pintar semasa hari persekolahan," kata Newsom, bapa kepada empat anak.

Pelan serupa sedang dijalankan di Oklahoma, Kansas, Vermont, Ohio, Louisiana dan Pennsylvania.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD