fb fb fb fb fb

Tahun Melawat Perak 2024 sasar pendapatan RM10 bilion

(Foto fail)

IPOH, 19 Mei- Kerajaan negeri menyasarkan pendapatan RM10 bilion bersempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Sasaran itu ditetapkan berdasarkan pencapaian TMP 2019 sebanyak RM7.8 billion.

Menurut Exco Jawatankuasa Pelancongan, Loh Sze Yee, bagi tujuan memperhebat promosi, peruntukan tambahan sebanyak RM7 juta disediakan.

"Kempen ini diadakan bagi melonjak dan merangsang semula pertumbuhan sektor pelancongan negeri Perak pasca-COVID-19 dan secara tidak langsung penganjuran Tahun Melawat Perak 2024.

"Ini merupakan wadah kepada Tahun Melawat Malaysia iaitu yang pada asalnya 2025 tetapi sekarang kami mendapat maklumat akan ditunda kepada 2026," kata Loh kepada media di sini.

Lapan juta pelancong domestik dijangka mengunjungi Perak bersempena TMP 2024.

(Tahun Melawat Perak 2024 sasar pendapatan RM10 bilion)

Media Baharu