fb fb fb fb fb

NRW hampir 35%, Melaka perlu RM700 juta ganti paip usang

(Foto fail)

JALAN HANG TUAH, 19 Mei- Kerajaan Melaka memerlukan kira-kira RM700 juta untuk mengganti paip usang di seluruh negeri itu.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Abd. Rashid Ab Rahman berkata paip usang sepanjang 1,170 kilometer yang dikesan telah berusia 40 tahun berbanding tempoh ditetapkan iaitu 25 tahun.

Jelasnya, kadar Air Tidak Berhasil (NRW) di Melaka kini semakin meningkat mencecah 34.8 % berbanding 18.5% pada 2017.

“Kita dah buat kiraan dan kita perlukan dana lebih kurang RM700 juta untuk penggantian paip-paip 'asbestor ciment'.

"Kita perlu ganti paip utama, paip besi. Kita masih lagi menunggu keputusan daripada kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk cadangan perancangan penggantian paip-paip AC ini ” kata Abd. Rashid selepas pelancaran Unit SAMB Intelligent Command Center (SICC) yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di sini.

(Abd. Rashid berkata NRW hampir 35%, Melaka perlu RM700 juta ganti paip usang)

Media Baharu