fb fb fb fb fb

Hujan lebat: 15 Kes pokok tumbang sekitar ibu negara

(Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat)

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Lima belas kes pokok tumbang di lokasi sekitar ibu negara dilaporkan kepada Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berikutan hujan dan ribut kencang lewat petang tadi.

Sejurus menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 dan talian terus ke balai, jentera terus dihantar ke tempat lokasi kejadian untuk tindakan susulan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan lokasi terlibat termasuk di Jalan Sultan Ismail dan Blok 19 Taman Bukit Angkasa dan Flat Danau Kota, Wangsa Maju.

"Pokok yang tumbang menghempap dua buah kenderaan jenis Toyota Yaris dan Proton Exora, sebuah perodua Myvi serta dua kenderaan lain di tiga lokasi berkenaan.

Manakala, di Jalan Kampung Attap, sebatang pokok tumbang di atas jalan raya dan kerja-kerja memotong pokok serta mengalihkan pokok dilakukan.

"Di Jalan Sultan Ismail, melibatkan sebatang pokok besar tumbang yang menghalang lalu lintas utama. Di Muzium Istana, Jalan Istana dan IPD Sentul, Jalan Sultan Azlan Shah; melibatkan pokok tumbang yang menghalang lalulintas dan jalan raya", menurut kenyataan itu.

"Di Bayu Mont Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan Toyota Alphard.

"Dua buah kenderaan jenis Myvi dan Saga pula dihempap pokok tumbang di Blok F Apartment Kos Rendah, Bandar Tasik Selatan.


(Lima belas kes pokok tumbang di lokasi sekitar ibu negara dilaporkan)

Manakala, empat kenderaan dihempap pokok tumbang di Jalan Ayer Jernih, Setapak.

"Di Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, pokok tumbang menghempap tiang elektrik.

Kejadian hujan dan ribut kencang turut menumbangkan pokok besar di Jalan Ampang, Ortophedik Hospital yang menghalang lalu lintas utama.

Lokasi lain yang terlibat, berhampiran HSBC Bank, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, termasuk di Jalan Talalla yang melibatkan kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan.

Pokok tumbang turut menghempap lima buah motosikal di Pejabat Kesihatan Kepong.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam semua kejadian di kesemua 15 lokasi yang dilaporkan.


Media Baharu