fb fb fb fb fb

Pengarah APM Kedah meninggal dunia di Everest

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Pengarah Angkatan Pertahanan Awam APM Negeri Kedah, Leftenan Kolonel Pertahanan Awam Awang Askandar Ampuan Yaacob, berusia 56 tahun, meninggal dunia ketika misi pendakian ke puncak Everest.

Perkara tersebut dimaklumkan APM Negeri Kedah menerusi laman facebook.

"Walau puncak masih terletak 20 minit dari langkah beliau, namun akibat keletihan yang teramat beliau akhirnya memilih untuk berpatah balik ke Kem 4 dan diraut wajah masih memakai topeng oksigen.

"Malangnya, beliau telah menghembuskan nafas terakhir sebelum menghampiri ke Kem 4", menurut catatan facebook APM Kedah.


(Foto FB APM Negeri Kedah)

Kematian Allahyarham disahkan oleh Ketua Misi Pendakian Everest, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

Menurut laporan,  Allahyarham bersama pasukan mendaki Malaysia dalam misi menawan puncak gunung tertinggi dunia itu sebelum dipercayai terjatuh dari ketinggian hampir 8000 meter dari aras laut.

Pasukan penyelamat berusaha membawa Allahyarham turun bagi memudahkan urusan membawa jenazah pulang.

Maklumat lengkap mengenai kejadian belum diperolehi setakat ini.

Media Baharu