fb fb fb fb fb

Kerajaan komited mengurangkan pendedahan hutang, liabiliti negara

(Majlis Forum Ekonomi Nasional 2023 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Kerajaan komited untuk mengurangkan pendedahan hutang dan liabiliti negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata walaupun pembentangan bajet tahun ini terbesar secara nominal iaitu sebanyak RM388.1 billion.

Beliau memberitahu perbelanjaan negara adalah lebih strategik dan berdisiplin dengan defisit bajet akan dikurangkan daripada 5.6 kepada 5.0 peratus.


(Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim)

Pada suku pertama tahun ini, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Mac 2023 berjumlah 59.3.

"Manakala paras hutang berkanun merekodkan 56.9 peratus daripada KDNK, jauh di bawah had berkanun sebanyak 65 peratus.

Matlamat kita adalah untuk mengurangkan defisit bajet kita kepada 3.6%," kata Steven semasa menyampaikan ucap tama pada Majlis Forum Ekonomi Nasional 2023 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia di ibu negara.

Media Baharu