(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 20 Mei- Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan menyangkal dakwaan kadar inflasi akan naik sekiranya subsidi bersasar terutama untuk bahan api dilaksanakan.
Menurut beliau, pemberian subsidi bersasar merupakan langkah memperbetulkan keadaan di mana selama ini golongan kaya mendapat subsidi yang lebih banyak berbanding golongan M40 dan B40.
(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan)
"Apabila orang yang kaya, tidak dapat subsidi minyak, bagaimana harga barang boleh naik. Jadi saya pun tidak nampak kaitannya.
"Saya harap dikira semulalah 3.8, jadi 10 itu, saya rasa ia nampak macam pelik. Hanya kerana kita menarik subsidi daripada orang kaya," kata Ahmad Maslan kepada media di Majlis Hari Raya Bank Simpanan Nasional (BSN) 2023 di sini.
Menurut Datuk Seri Ahmad Maslan lagi, pemberian subsidi ini juga akan diteruskan bagi golongan B40 dan M40, selain subsidi diesel untuk kenderaan awam.