fb fb fb fb fb

NAPREC: Landskap harta tanah Malaysia bakal mendapat manfaat

(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan)

KAJANG, 20 Mei- Landskap harta tanah Malaysia bakal mendapat manfaat daripada projek penyelidikan yang menerima geran Koordinator Penyelidikan Harta Tanah Negara (NAPREC).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata hasil kajian ini akan menghasilkan pandangan berharga, penyelesaian inovatif dan cadangan praktikal bagi industri harta tanah negara.


(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan)

"Memberikan manfaat kepada agensi-agensi kerajaan, seperti JPPH, NAPREC, JKPTD, KPKT, Kementerian, Jabatan Perumahan Negara, REDHA, CIDB, DBKL, House Buyers Association, itu antara yang terlibat dalam menerima segala research and development yang dilaksanakan", kata Ahmad dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Replika Cek NAPREC bagi 15 projek penyelidikan di sini.

Datuk Seri Ahmad Maslan turut menyarankan semua penyelidik saling bekerjasama dengan pakar industri dan pihak berkepentingan.

Ini bagi berkongsi hasil kajian, bertukar pendapat dan membina rangkaian bagi meningkatkan kualiti penyelidikan.

Media Baharu